Monday, June 13, 2016

Soraya #14

"Congratulations.." Areff Iskandar mendapat gelaran King malam ni. Kalau badan berisi sedap jugalah mata memandang si King. Ni tak, halus je. Well he deserve it. Peramah. Mudah mesra dengan orang. Lovable tapi not hugable. Good looking, and when he smiles, habis.

"Mesti you vote i paling banyakkan." ketawa sambil timang-timang award yang diterima 2 jam yang lepas.

Selesai majlis Areff ajak pergi minum-minum. Sebab tak pernah jumpa. Jadi dia ingin mengambil peluang untuk kenal semula. As a friend. A good friend. Kami cari kedai minum yang tak berapa nak ramai orang dan jauh dari tempat orang2 yang mungkin mengenali kami.

Tiba-tiba Areff kata nak pergi naik bukit ampang. mulanya aku tak mahu. dah janji dengan bonda nak balik awal. tapi Areff kata pertama dan terakhir kali. aku ikutkan kehendak dia.

"Firash dengan Ariff Fitri, yang mana satu you pilih?" aku senyum. setakat ni aku tak letak langsung nama Firash dalam kepala. dah dua tiga kali Firash tinggalkan aku. tiba-tiba. kononnya tak yakin dengan cinta. aku agak, tu semua jugak salah aku. sebab aku pernah tinggalkan dia satu masa dahulu. sekali.

"Firash.. dia cuma suka i je. dia takde niat nak bersama dengan i pun." kalau tengok dari bukit ni, KLCC dan menara KL tu takde la jauh mana pun. tapi berhari2 jugak la nak berjalan sampai sana kot.

#throwback

"I love you.." aku senyum. lama aku biarkan dia tergantung.

"sorry, i tak patut cakap macam tu. lupakan ok.."

apa je yang cuba kau masukkan dengan ayat kau tadi tu, memang aku dah tak ambil peduli. yang nyata hati aku je yang sakit. thats enough to make bond between us, deeper.

how could you? sesuatu yang paling ditunggu-tunggu. macam menunggu bulan jatuh keriba. dan ketika itu aku rasa seperti diperbodoh-bodohkan. mungkin ini balasan pada perihal yang terdahulu. sesungguhnya, aku dah pun mula ada perasaan sayang. aku ikhlas. tapi...

"hey, jauhnya mengelamun. teringat siapa?" mengelamun kisah 5 6 tahun yang lepas.

"so, bila you nak kawin?" yang lepas biarkan lepas. move forward.

"soon i hope." senyum yang maha mencairkan.

"tapi you kena kawin dulu, i taknak langkah jendul" ketawa memecahkan kesunyian bukit ampang.

"bendul la!" aku sambung ketawa. Areff memang tak pandai bahasa melayu. tapi dah bertahun duduk Malaysia. ever since he was born. macam melampau lar kan.

sedar-sedar dah jam 4 pagi. not bad. takde pulak orang yang call atau message tanya bila nak balik, bila nak call dan sebagainya. it was fun. bak kata Areff, i tak pernah imagine sitting here with you and talking all night long. malam tu Areff hantar aku balik, dan dia drive kereta aku balik ke rumah dia. isnin dia ambil aku dan kami bergerak ke tempat kerja bersama.


No comments:

Post a Comment