"morning o'aya.." aku betulkan cermin mata. oh mamat ni. pelik. tak ada debaran pun. bagus lah.
"morning Areff.. new task ya dah email tau.. before 12, any question email je.." Areff Iskandar menganguk tanda faham.
untuk 6 bulan lagi aku kena mengadap mamat ni. bukan aku tak suka, cuma aku tak selesa. rasa-rasanya, baba tau tak hal ni. aku pun lupa nak tanya ka rina semalam. balik pun dah lambat tinggal nak tidur je.
aku tak ada masalah langsung dengan dia setakat ni. tapi bila dia ada ni, kepala aku asyik fikir 'kenapa begitu mudah berubah hati?' adakah sebab budak perempuan tu selalu temankan dia? tapi sebelum tu lagi memang dia ada on the phone dengan budak tu. so tak hairan lah kalau cinta berputik saat Areff bersedih hati.
telifon berbunyi..
"Hello..... speaking.... lorrrr kenape long..... ok ok.."
"Areff, aya nak keluar kejap any calls just ask them leave a message lah." Areff mengangguk.
"Ya, lunch nanti kita lunch together?" wow!
"Ya dah ada lunch date dengan Arif Fitri.."
"ok.." aku terus keluar.
bilik kak rina..
"amacam partner baru? pandai tak along?" aku sengih. dah dirancang rupanya.
"baba tau tak?" along hanya menggeleng.
"aya ok tak?" sengih-sengih along tu sangat menyakitkan hati.
"aya ok je. kesian Arif lar, kalau dia tau habis lah."
"terus terang je lah dik. lama-lama simpan pun tak guna jugak."
banyak benda yang diborakkan macam takde kerja. tiba terima call dari Arif Fitri. dah tunggu dekat bawah. aku tinggalkan along dan terus turun. Areff Iskandar sedang berborak dengan Arif Fitri. best friend pulak ke? hish!
"you dont mind Areff ikut kita kan?" tanya Arif Fitri.
"aya ok je, Aif lah jelous lah apa lah." aku jalan mendahului mereka.
"o'aya ada cute ass!" jerit Arif Fitri.
aku tak layan.lantaklah. malas lah. esok lusa kalau kau kenal Areff Iskandar tu, baru kau tahu.
selesai makan aku bangun, aku tak marah cuma aku tak tau apa permainan yang cuba dimainkan oleh Areff Iskandar ni. bertahun aku cuba lupakan dia dan sekarang dengan mudahnya dia nak selit semula diri dia dalam hidup aku? Si Arif Fitri ni pun satu, tak boleh aku bayangkan apa akan berlaku pada dunia ni kalau dia tau siapa Areff Iskandar ni.
"hari ni i nak balik awal. macam tak sihat lah." memang aku tak sihat. mood tak baik. tak tau lah kenapa. aku rasa malas satu hari ni. fikiran aku mereawang ke tempat lain. maybe sebab aku tak selesa dengan keadaan sekarang ni.
"sejak i datang lagi i tengok you macam tak selesa ya. i boleh cari tempat lain kalau you tak suka." aku pandang Areff. kitorang kawan tak lama pun tapi dia boleh faham aku.
"tak payah lah. i can handle this. i can manage." mengeluh kecil.
"o'aya, i minta maaf. i tak tau sini tempat kerja you." aku sengih.
"bukan salah you lah. takpe lah its just another test from Allah. i can do this. dont worry. lagipun 6 bulan je kan." aku bangun dan bersiap-siap untuk balik. kerja memang berlambak lah. tapi macam biasa, aku settle kan semuanya dirumah.
"ya, betul ke you terseksa sangat lepas kita broke up?" aku mengeluh paling kuat.
"i dah tukar buku and i tak berminat untuk jadikan buku tu sebagai reference. so please." macam mana aku nak kerja macam ni. kau suka lah. kau buat aku jatuh. kau bersuka ria dengan perempuan kau tu. dan aku? hanya tuhan je yang tau perasan aku masa tu. hanya tuhan je yang tau betapa bersungguh-sungguh nya aku meneruskan hidup dengan kenangan-kenangan yang ada.
aku merangkak dengan kaki dan tangan aku untuk bangun berdiri dan berjalan macam sekarang ni. aku je yang berjuang untuk kita selama ni. aku je yang syok sendiri rupanya. syok sendiri.
sampai rumah aku terus baring atas kerusi panjang. bonda datang menghampiri aku.
"awal hari ni, selalu tu macam takde rumah." perli bonda. aku akui masa aku banyak habis di office. tapi itu dulu lah masa aku bodoh. sekarang aku dah pandai sikit. so takde lar lama2 aku nak duduk dekat office tu kan. lagipun sekarang office tu macam ada hantu lah.
aku diam terus, malas nak jawab soalan bonda. aku selak satu satu page surat khabar tu. tak ada yang menarik. aku beralih ke hp pula. candy crush lagi bagus. fikiran aku jauh melayang.