#throwback
"yang, i dah otw tau.." suara happy Areff iskandar.
"hunn, i tak boleh lah.. you balik lah rumah terus ok. please.." sedang memerhatikan sekeliling. kalau ada orang nampak aku dengan Areff Iskandar mesti ada yang report dekat baba. baba tak suka Areff Iskandar.
"Yang please lah, i dah ada dekat area office you ni, you turun kejap pun jadi lah.." bersingguh-sungguh suara Areff nak berjumpa dengan aku. masalahnya tak boleh. kalau baba tau habislah kitorang.
"ya, asal ni?" tiba-tiba jue muncul depan mata. jue, cousin aku yang paling bencikan Areff Iskandar. kalau boleh dia tak mahu aku berkawan pun dengan Areff Iskandar, sebab aku kenal Areff Iskandar melalui laman sosial.
"takde apa, kenapa? jue lunch dekat mana tadi? aya tak nampak pun." aku cuba tukar topik mata aku tertumpu pada screen komputer. message masuk. aku cuba buat tak tahu.
"O'aya.." aku pandang jue. "ya nak pegi jumpa dia ye?" habislah. "kan jue dah cakap. diorang ni tak boleh percaya. kenapa ya degil sangat? jue sayang ya, tu pasal jue bising.." jue berlalu pergi. tu kejap lagi ada lah yang kena marah tu.
"hunn i mintak maaf. next time ok.." aku betul2 rasa serba salah. dia redah jem untuk jumpa aku tapi aku tolak sebab takutkan family. tapi bukan kah dia boyfriend aku.
"o'aya!" terjaga dari lamunan. "makan cepat lah.. termenung pulak.." cepat-cepat aku habis kan air dan angkat tangan minta bil.
ini kes serius ni. asyik teringat kisah lama. sepatutnya tak perlu tu sebab aku dah move on pun. dan aku sedang cuba terima Arif Fitri dalam hidup aku. dugaan.
No comments:
Post a Comment