Semalaman on the phone dengan dia. masih sama. raja lawak. tak kering gusi. rindu nak dengar aku ketawa katanya. aku pun rindu nak dengar lawak karot komedia dia.
Firash dan aku; hubungan kitorang on and off. sebab aku tak suka orang tarik tali. kejap macam nak kejap macam taknak. and obviously sebab aku sendiri pun tak ready. so Firash ajak kawin. tapi kena tunggu dia kaya.
sejak dia dapat peluang training di melbourne aku sedikit sunyi. dalam masa yang sama ariff fitri datang semula. memandangkan aku semakin pulih. berkerja di syarikat sebelah. kerap melawat aku di pejabat. dan berjanji untuk sentiasa ada bila bila aku amat memerlukan dia.
Ariff Fitri.
dia antara kawan lelaki yang paling faham aku. ada bila perlu. hilang bila tak perlu. sangat mudah berurusan dengan dia. pakej calon suami pun ada. kehilangan kedua ibu bapa akibat kemalangan. kini hidup sendiri menyara 3 adik. hampir berjaya. hidup tak lengkap selagi belum beristeri katanya.
setakat ni baru sekali lamarannya aku tolak. belum bersedia. dan dia faham. tak pernah ungkit lagi tentang kawin. dan sekarang, aku bergantung sepenuhnya pada dia. kalau Ariff Fitri tak ada, habis lar soraya.
dan bila semuanya sudah ada, fokus aku terganggu kerana Areff Iskandar ada.
No comments:
Post a Comment